Haji Sannusi Bin Haji Hamid telah dilahirkan pada 02 April 1953. Beliau dilahirkan di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar, Selangor. Mempunyai 3 orang adik beradik. Seorang kakak dan adik perempuan. Merupakan anak jati Kampung Sungai Limau, beliau seterusnya melanjutkan pelajaran di pantai timur. Setelah tamat pelajaran beliau menyertai Jabatan Pos Malaysia. Sehingga kini beliau masih bertugas di Pusat Mel Pos Malaysia Bukit Raja sebagai Pengurus Syif. Beliau telah berkahwin dengan Hajjah Norma Binti Zainal Abidin dan dikurniakan dengan 4 cahayamata 2 lelaki dan 2 perempuan. Kini beliau tinggal di Sungai Bertik Klang.
Hajjah Norma Binti Zainal Abidin telah dilahirkan pada 07 Februari 1953. Beliau dilahirkan di Kampung Pulau Lima, Pasir Puteh, Kelantan. beliau mempunyai 11 orang adik beradik. Beliau dibesarkan dalam suasana keluarga yang sederhana. Setelah menamatkan pelajaran, beliau menyertai Kementerian Kesihatan Malaysia dan bertugas di Hospital Kota Bharu, Kelantan. Kini beliau masih bertugas sebagai Ketua Pembantu Tadbir N26 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Beliau kini menetap di Sungai Bertik, Klang.
Shamsul Nizam Bin Haji Sannusi dilahirkan pada 10 Januari 1977 di Hospital Kota Bharu, Kelantan. Seterusnya mengikut ibubapa berpindah ke Kampung Sungai Limau, Sungai Besar, Selangor. Dibesarkan dalam keluarga yang sederhana. Beliau mendapat pendidik pertama di Sekolah Kebangsaan Sungai Limau. Seterusnya melanjutkan pelajaran menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Simpang Lima. Sekarang beliau bertugas di Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Tingkat 15 Wisma MBSA, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Webblog http://www.shamsulaishah.blogspot.com/
Shahrul Nazmi dilahirkan pada 10 Julai 1980 di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar, Selangor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Limau. Seterusnya sekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar. Melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia dalam jurusan Sarjana Komunikasi Massa. Beliau kini bertugas sebagai wartawan Al-Islam di Utusan Karya, Bangi. Belum berkahwin dan kini menetap di Pandan Indah, Ampang, Selangor.
BIODATA ANAK KETIGA
Syazira Nazreen bin Haji Sannusi telah dilahirkan pada 00/00/0000 di Hospital Swasta, Teluk Intan, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Limau. Seterusnya melanjutkan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Simpang Lima dan Sekolah Menengah Teknik Batang Berjuntai, Kuala Selangor. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Mara Cawangan Dungun dan Universiti Teknologi Mara Cawangan Arau, Perlis. Kini beliau bertugas di IBM Malaysia di Bandar Utama, Damansara dan menetap di Pangsapuri di Damansara Jaya BIODATA ANAK KEEMPAT
Syazwani Nabila Binti Haji Sannusi dilahirkan pada 00/00/0000 di Hospital Teluk Intan Perak. Mesra dengan panggilan ADIK dalam keluarga, beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Limau. Seterusnya melanjutkan pelajaran menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Simpang Lima dan Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor. Kini beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Darul Iman, Terengganu.